Sunday, May 31, 2009


~yuhuuuu~

aku sudah kembali ke kmpung halaman ku....

untuk

mghbiskan cuti selama 3 mggu...

tpi...

xtau nk wat ape.... huhu

Thursday, May 14, 2009

~barang2 yg ade di depan mata~



huhu teddy bear ni bukan aku punya tau... ni milik kawan aku..FIZAH.. die suke sgt teddy bear neh sbb....tut...tut.... bnyk mmberi makna utk beliau....



yg ni pun bukan aku pnya...wahaha.. FIZAH punya lagi... ni pn teddy kesayangan beliau sbb beliau la yg beli kt Times Square...jauh tuuu.... comel.. besar pulak 2...huhu


yg ni pulak..buku yg baru aku beli kt MPH Midvalley... x hbis bc lg.. tp stakat neh.. bku ni memg mmberikan aku bnyk ilmu yg sgt2 berguna... lbh2 time aku rase sedih..=(
yg ni buku kawan aku..Aimi.. tajuknya memg best.. tpi dalamnya lagi best... ttg cinta kpd pencipta kite..Allah SWT...

emm sume2 brg ni.. slalu aku nmpak kat depan mate... 2 yg aku nk berkongsi dgn kwn2 sume.. hihi...

~sygilah n hargai brg2 yg ade di depan mate kite....sblm ianya hilang begitu saje~


assalamualaikum sume..huuhu..... (",)

huhu... lame x update blog ... sbb cam xde prasaan je nk mnulis pape... tp mlm ni tetibe lak dtg ilham nk mengupdate blog... sooo.. aku nk cite pasl hri ahad lepas.. aku g bpoya2 ( bjalan2 je) ke Alamanda, putrajaya... sbb memb aku c fizah terhingin sgt nk mencekik pizza hut.. hak hak hak.. dsebabkan aku adalah kawn yg baik, memahami, setia, dan yg sekapal dgnnya.. maka aku pn bersetuju utk temankan beliau bersama2 dgn ina cokcroaches n yanie viva ( wahaha sori aku tulis name glamer korang)...

dtg2 sane kami p round2 about dlu... cuci2 mate dlu... amik2 hangin dlu.. dh rase knyg bru la kmi p ke tmpat yg dituju iaitu Pizza Hut... yeah!! hihi..

kmi terus mngmbil tmpt n buat tmpahan... mule2 kami cam kompiusz gak nk mkan ape.. tapi ats kesepakatan... kami pn buatlah plihan yg bijak... wahaha... hasilnya......



huhu....enak dan menyelerakan...kan...kan...kan =)


muke steady due2 roomate neh.. ina n fizah..huhu

haha yanie tgh control lapar tu tau...huhu =p


pas2... da hbis bc doa mkn... kami pn p solat asar dlu... n smbg xcercise mronda2 alamanda smpai aku da naik hafal kedai2 yg ade kt ctu..hihi... jln pnya jln tetibe je tgok jam da msuk mgrb.. so ape lg kami pn berasak2 p surau nk solat... akan tetapi...kami tpakse gak lah mgalah coz rmai umat2 islam sdg mnggu gliran mnunaikan kwajipan yg telah difardhukan...(ahahah ayat ustazah..).. dekat stgh jam mnuggu so alhamdulillah dpt gak kmi solat...


pas2 c fizah lagi neh... terhingin nk mkn kek resepi rahsia a.k.a "secret recipe" huhu.. 2 yg kmi singgah kdai n smpt la aku meng"grab" kek cheeeseee..huhu.. 1 slice = Rm 6.30 ( kalo beli karipap da dpt bape belas bijik tah gaknye..huhu)..



hihi 2 la al kisahnya.... tepat kol 8.30 mlm , kmi pn smpai kt pondok pak guard...hihi... letih mmg letih tpi yg bestnye... perut da knyag hati pn jdi gmbira...huhu...(time ksh gak kat pmilik viva sbb tolg tmpgkan kami blik..hikhik..arigato2)

~emm bile kuar jaln2 neh.. dpt skit mnyegarkan sel2 otak kan~
.

Sunday, May 10, 2009

e.m.a.k

emm hari nie hari ahad.. hari ni 10 mei 2009... hari ni lah hari ibu, hari emak, hari ummi, hari mama, dan yg sekapal dengannya...huuhu...

aku da wish kat emak... aku ckp.. smog
a emak sentiasa jdi emak yg baik untuk ank2 die.. hehe.. sebab.. mak aku memang baik... dan aku harap emak akn sntiasa jdi yg terbaik.. insyaAllah...

syg sgt2 kat emak... dan kepada emak2 di luar sana... aku nk ucap gak SELAMAT HARI IBU.....
dan yg pnting bukn hari ni je kite kna hargai mereka... setiap hri pn kite kna syg mereka... doakan kesejahteraan mereka...

~hehe gmbr aku dgn emak mase umur 5 bulan~

(utk abah pulak... hehe kena tggu lah father's day nnti..)


Monday, May 4, 2009

+c.h.e.n.t.a KAH.... s.u.k.a KAH+




Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

"so.. sape yg anda chenta dan sape pulak yg anda suka... tnya la diri sndiri..x perlu bgtau org lain.. biar jd rhsia dlm diri kite..huhu.."

(xnk btau korg..nk kecoh 1 dunia pulak..ish x bley2..wahaha)

Friday, May 1, 2009

-Rahsia Jari Kita-

Rahsia Jari Kita
www.iluvislam.com
Oleh:LilaCgurl
Editor: Afdhal87

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila