Showing posts with label LUAHAN PERASAAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN PERASAAN. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Go...go..away....plez!


oke... utk kesekian kalinya...

I HATE DIS FEELING!!

YES!

YES!

SGT TIDAK SUKA AKAN PERASAAN INI....

COULD U PLEZZ...

JUZZ GO AWAY....!!

Friday, June 3, 2011

cerita kawen dan cuti....

asalamualaikum..........

yesza...bertemu kembali dlm blog aku yg sunyi dan sepi ini...
(yek aa..tyme cuti2 je kot blog ni berpenghuni..huihuihui)

dalam kepala ni macam banyak nak citer... tpi xtau nk citer yg mane dlu....hehe

tpi..aku akn cube jugak ah citer... bes ke xbes... korang kena bace jugak!
(mcm ade yg nak bace jer..huhu)

citer cuti2 nie...adelah citer pasal kawen... sbb ape.. sbb cuti dan kawen xdapat dipisahkan lagi...
asal ade cuti je...org kawen...asal org kawen je...ade cuti... ye tak...
(haa ade yg angguk kepala tue hehe)

so....cuti 3 minggu ni.. berderet walimah kawn2.... tp aku pn xpasti dpat pergi ke idak... lg pulak.. dah masuk ujung2 waktu blaja neh...maka..ramai la yg naik pelamin... xkurang jugak... ade yg bertunang... alhamdulillah..seru dh smpai utk korang...
utk aku? opsss... bukan stkat seru, byg2 pn blom nmpk lgi...hehe tggu la cuti2 skolah 2 3 thn akan dtg..kot... huhu
haaa... kt bwh tu..list mjlis2 kawen wktu cuti2 nie... (gmbr ni juz grab from their fb ahakss...)

1. start cuti jek... start lah kenduri kendara org kawen... so, aku nak ucapkan congratz la pade sepupu belah mak a.k.a ank mak long : Nursyafiqah dan pasangannya Mohd Rijal Adib yg selamat sudah melangsungkan perkahwinan mereka pada 28.5.2011. Fuh...cam xcaye gak... sbb mase dolu2 dialah spupu aku yg plg rapat ( dia setahun lg muda dri aku jer) n mase kecik2 dolu kami slalu jek main kejar2... tangkap anak burung smpai nak lemas dalam kolam...round2 kampung naik moto same2... nampak hantu kt blkg umah atok same2.... huu~ dan alhamdulillah.. jodoh dia suda smpai.... and she's look so sweet on dat day (isk..iskk..iskk..sob2.....)



2. ermm... yg ni aku agak sedeyh laa... sbb xdpt dtg mjlis kawen diorg... sbbnya... same tarikh dgn spupu aku .... udah la she's da only roomate i ever had since menjejakkan tapak kasut di blik D216...huuu~ lame kot... almost 5 years we're together2..hihi dia dh faham perangai aku..n aku dah maklum ngan cara dia... mase mula2 knal dulu....masg2 muke comot je...haha muke lpas spm lah katekan... tp skrg.. (ye la..da nk jdi ckgu kan... gaye tu mst berubah)......hehe pape pon.. thniah untuk luvly roomate Pn.Zuraidah Abu Bakar and her husband :Enchik Syamsul Thedaywalker.... u all looks so orange gituw....ahakss....



3. emm mjlis yang ni... komfem mmg aku xdpt dtg... satu halnye sbb jauh nun di qlate... huhu
yang ni pulak adalah majlis perkahwinan pertama dalam kelas aku.... so this is da 1st marriege among geng2 praskolah..... huhu thniah utk akak Siti Rosnazirah dan suaminya Khairul Anuar... sori akk xdpt nk menghadirkan diri.... smoga perkahwinan akak dan suami akan diberkati Allah hingga hujung nyawa... insyallah... ^____________^




pape pown... aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KPD PENGANTIN2 OR BAKAL2 PENGANTIN DI LUAR SANA... semoga jodoh dan perkahwinan kalian akan berkekalan dan dirahmati Allah SWT hendaknya...
*hikhik...xsabau nk dpt anak2 sedara neh.....huuu~

Sunday, May 22, 2011

andai lelaki tahu....(^_^)

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.


andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..

*lelaki2 perlu tahu itu... ^____________________^

Thursday, March 17, 2011

[aku].. [beliaw].. [tunang]

huhu tergerak ati lak nak menulis kt blog ni...
sumting happy about my luvly roomate since 2006.... (huuu~ lame tue)
rase seonok sgt...
bile dpt tau...

jeng..jeng..jeng
19 Mac 2011 nnt...
beliaw akan secara rasminyer menjadi tunang org...
tunangan kepada Enchik Syamsul The Day walker....
atau lebih suke dibuli dengan panggilan Pok Cik huhu


nk tau kisah chenta mereka...

ok2..
tpi korang jgn tergelak pulak taw...
kisah mereka bermula semasa musim ujan..( haha xde kena mgena)
ok2..
diorg mula bertentangan mata mase my rummet ni berpraktikum di sekolah nun di sana selama sebulan..
Pok Cik pula bertugas sebagai pakar IT a.k.a juruteknik atau name ringkasnya technician di sekolah tersebot..


mcmane mereka jatoh chenta??

mungkin dari mate turun ke ati kot...
hihi
mungkin juga..
chenta itu dtg semasa mereka bkerja bersma2...
huhu
atau...
chenta itu hadir setelah bebrapa org cikgu2 lain dok kenen2 kan mereka??...
betul juga..

ape2 pon dari mane chenta mereka hadir..


akhirnya..
setelah beberapa siri pergaduhan, perselisihan faham dan bermasam muka....

mereka telah kembali ke jalan yg lurus..

dan...

mengambil kata sepakat untuk ....
ehem2...


wah! rasa happy myb sbb aku jdi rummet dia since foundation kt mktab lgi kan...
so.. any secreto de amour ke umpat mengumpat ke...
kami kongsi sesame...
sgla problem yg agak2 buang tebiat aku n dia pernah buat...

kami hadapi same2...

dan
finally..
at the final year...

die tunang dulu dri aku....
huaaaa...
(ceh! mcm la aku da ade steady nk tunang skrg...apa daa)

neway..
congratz to Zuraidah n Pok Cik Sam...

hope.. berbahagia selalu..
and
i'm waiting for ur wedd card oke....
so..esok aku akn blik bangi..

pastuh..esoknya nk g jengka...

wat ape?

nk p majlis beliaw lah..
huhu
dgn bertemakan warna hijau....
hopefuly it will be da most memorable day 4 her n
for him... amin.. insyaallah...

*urmm bile pulak turn aku nk pkai cincin cmne ea? huhu

Saturday, March 12, 2011

AaAachhummM!!


wahhh...lamenya x update blog...
slmt x lupe pword.... hehe
bukan hape...
mmg xsempat la nk menghapdate blog nie...
AAAaaaAAcHummm..( bersin skit sbb blog ni dh berhabuk! )
sbb tyme2 pktikum ni...
aku slalu aa hapdate fail n rph aje.... hikhik
dgn adenya cuti smggu ni...
aku cube ar hapdate sikit2 ... huhu (tu pn kalo rjin lah yer)

Tuesday, October 26, 2010

puas hati.....hati puas

kali ni cume nk tnya korang satu benda.....

SUSAH KAN NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG??

betul x?
kalo betul...sila angguk dlm hati...hehe

hurmm....ok lah..
scra personally... bg aku... bile berkaitan dgn hati ni... ade byak kmungkinan....

1. kite kena jaga hati orang 2.org kena jaga hati kita 3.kite terpaksa makan hati 4. kite terpaksa sakiti hati orang

dan mcm2 lgi arh..... btl kan ank2 murid...hihi

dan dikesempatan ini...aku cume nk cakap pd mereka2...




MAAF..andai aku x dapat memuaskan hati mana2 pihak...
xkisah ah dalam urusan ape pon... sbbnya...
aku manusia biasa...ye aku hanya ada 2 mata, 2 tangan, 2 kaki yg Allah kurniakan kpd aku...

kdg2 aku xmampu nak buat lebih dri itu....

maaf juga...andai aku x boleh mengungkapkan kata2 maaf dihadapan kalian....
ye...x boleh...
sebabnya...
aku bukan diri aku jika berbuat seperti itu......

kdg2..aku berfikiran bahawa...

ada baiknya menjaga hati org dan terpaksa mnyakiti hati sendiri...drpd membiarkan org lain terkesan dgn diri kita... pernah jugak emak berpesan begitu.....

argh...perasaan aku kini sudah tidak menjadi kondusif sperti sedia kala.... kalau org sastera berbicara : barangkali ada kecamuk emosi disudut hati ku ini....
(aku minat sastera ea dlu...jgn x tau..hehe)

*myb mood tgh fenin ttg projek eseimen kot

Monday, October 25, 2010

aku dan hari ini ^_^

hari ni aku mcm rajin sikit...( 10% rajin je)..hehe
berbekalkan 10% kerajinan ni laaa... aku bersengkang mata menulis kt blog yg da bersawang ni.. yeaaaaaa..tepuk tangan kt aishah!!! hehe maceh2....

ha..hri ni aku gembira banyak..sbbnya..
mase perhimpunan hri ni...
aku dan kwn2 telah di'announce'kan..
sebagai....
PELAJAR TERBAIK Utk SEM 5.... (clap33x) hihi
dan alhamdulillah... aku punya PNGK terkumpul pun berada pada tahap cemerlang ...."ALHAMDULILLAH.. terima kasih Ya Allah...^_^


bukti ni.hehe

wlaupon bukn sume amik sijil n cume wakil je yg amik ...tp aku cukup berbangga..mesti mak ngan abah pon bangga jugak... hehe


*****************^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^***************
tpi.........yg x sronok tu... ade sesetengah org memperkecilkan kejayaan aku dan kwn2 dgn keputusan2 cemerlang tersebut... sbb nya diorg berkata:

" alah! kos prasekolah... kan senang je"

"oooo..budak pra....blaja ABC je"

"xpe la...korang kan senang..sume subjek dlm bhasa melayu.." ............dan mcm2 lg

hehe...agk2 korang...ape yg patut aku buat dgn mulut2 diorg ni kan....
nk mrh ke?
nk stepler gun mulut diorg ke?
xpon..
nak boh salotape itam tebal kt lidah diorg ke?
ermm cop!
kite cili mulut diorg nak?
cam xbest lak...
sagat mulut diorg ats jalan ke?
mcm kejam sgt ea...huhu

so..korang rase?

kalo aku...geram n rase x brape nk puas ati lah...
pd aku..mne2 kos ad senang..ade susah tol x?
ALLAH MAHA ADIL... dun wory

cemerlang @ tidak! bukan bergantung pd kos hokay...
it depends on ur effort ....pcayalah...
usaha...usaha...dan usaha....

justeru itu, aku juz nk nasehat ar...
x adil utk kite judge kcemerlangan seseorg tue hnya pad kos ape yg die amik...
k...huhu (penat jd penasehat + kaunselor ni..haha)

oke laaa...smpai sini ah dlu kerajinan aku dh menurun kpd 0.10% je..
yg lain ilang sbb telah d pengaruhi oleh mkhluk2 dsekeliling aku yg aku tgok cm sedap je tido... ha ha ha ha ha...

*nilah sijil bermkna tu..hehe tmbh lgi koleksi sijil2 yg ade kt mktb ni..hihi

Sunday, August 1, 2010

bebelan aku dan 3 minggu

huaaawawawaaaa...

pejam celik....

bukak tutup...

dah tggl 3 mggu je lg....

mau abiskan praktikum ku yg ke 2....

huhu....

mcm2 jenis perasaan aku ade skrg ni...

1. aku suda syg sama knk2 ribena itu...^^,


2. aku suda selesa juga sama sekolah itu....
3. adeyh.. malas ah mau masuk kelas.... jd student blik... sbb xleyh nk buli budak2...hahaha
4. aku suda suka mnjdi seorg guru...yeahaaaaa...hehe

haha..2 la antara perasaan yg aku ad skrg nie....T_T

mggu dpn..

sgt bz n serabot...

kerna... aku bakal d observe oleyh guru pmbimbing n lect 4 da whole week daaa....

dan.. kena uruskan sukaneka prasekolah as a project praktikum ini.....

aiseyhh...

pasti letih n kejang otak aku nk pikir xtvt yg best2..hukhukhuk

bertahan ye aishah!!.....

mst ko boley pnya aaah.... insyaallah....

yg pntg.. kna usaha..rjin2 bdoa...n bertawakkal pdNya........................^^,


* smile can make u happy....so ape lg... pakat rmai2 kite SMILE!!! huhu

Saturday, June 26, 2010

pesanan untukmu..yg perempuan saje..^_^


"Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari ...langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak."

"Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat hanya Allah itu yang lebih mengetahui."

Friday, June 25, 2010

diserang virus...........................

waa..
bru bape jam aku smpai bangi nie...

tp..

aku suda rindu sama rumah....

sama..
emak..

abah..

adik...

sama kucing2 jalanan..
yg lalu lalang depan rumah....


adakah! aku! diserang! simpotom virus 'homesicknesisme'...??!!

atau...

diserang! virus! 'rindukupadarumahsgt2'..??!!


arghh!! tidak...
berikan aku penawar....

dmanakah pnawar virus2 ini...

sape ade stok penawar..?? (jgn jwb polikl
inik penawar ek!..haha)..

ku selak-selak kalendar...

ku amati betul2 tarikh itu....

oowh! tidak!...

lame lg la nak cuti...
aisehh!!
hati hampa...

dan akhirnya..

biarlah aku berlari..

kesana ke mari..

menacri penawar utk virus ini...

doakan aku berjaya!!...
@
_@

* gmbar 100% sekadar hiasan...umah aku xde cmni haa... haha

Thursday, June 24, 2010

back to Bangi.............................^_^

uwaaa...uwaa... entri last untuk cuti sem kali ini... esok aku suda mau pulang...
esk?...

ye..

esk jam 9 pgi...

aku akn bertolak ke bangi..........

naik kete vivato bersama akak kecik... a.k.a cik aina..



huhu...
dgn mslh psl asrama....
dgn akk2 kdc ad lg...
xpe!
aku akn redah je..hehe

xpe laa...
doakan smoga perjalanan kmi...
selamat smpai dan dijauhkan dri perkara2 yg xdi ingini......
amin.....
BANGI...!!! i'm back... huhu

chayook cah!...
mulekan sem baru ni dgn smgt baru...
xmo sedey2 lg taw...
ingt!...
do ur best ...ckgu ecah bole!...
*xley da nk slalu update blog... huhu ^_^

Wednesday, June 23, 2010

-entry dari hati-

...allah x ciptakan dunia ni utk kite rase sedih dan kecewa...
...tpi allah mahu kita sntiasa berusaha mncari keredhaanNya...
dan

...kesedihan hari ini adalah penawar untuk kegembiraan hri esok....

oleh it
u

..kite kna bersabar..

sbb

..sabar itu nikmat..

..byak sabar dapat rahmat...


-sekadar kate2 utk memujuk hati yg lemah ini..-

Tuesday, June 22, 2010

suka dan suki

-awas!!..tjuk entry yg xde kaitan dgn isi2 kndungannyaaa...-


hari ni dah hri selasa...
tggal bape hri je lgi ...
aku akn balik mktb...huuuu
utk ape??
utk smbg semester 6.... huhu
ye! sem 6..
dan aku ad lg 2 sem utk tammat...haha
tpi.. permulaan sem 6 ni...
aku kna praktikum dlu selama 2 buln...(adeyh! lamenyaaaa...)

so...mknenya...
tggl bape hri je lg..
aku boleh post entry sesuka n sesuki ati aku.. haha
sbb..
kalo blik mktb...
sure blog aku ni..
akn berhabuk dan berdebu...
bak kate kump iklim : suci dlm debu... ekekekekekeee...

aku ase..
entry bulan ni plg bnyak kot..hehe
sbb byak ape..??
byak..merepek!... (hehe bgus ank2 murid aku jwb..)
hikhikhik..

bukn ape..
pd aku..
dgn menulis ni..
ia mnjd satu terapi scra xlgsngnyaa...
especially..
utk org mcm aku...
yg xbrape nk reti meluahkan mslah pd org.. (pemalu hokay!)
kcuali trpaksa!..ngee~

aku lbh suke mdgr mslah org...
dri aku sndri yg bcerita mslah pada org...
hahaha...
nape xcaye?

ye! aishah adelah org yg begitu...
xcaye tnya juri2 awam kat lua sna...haha
pd aku..
slgi mslah 2 aku mmpu hdapi...
aku akn cube..
tp..
kalo agk2 cam xley..
haa...adelah org2 yg akn jd mgsa mndgr mslh aku...
kuang3x....

so.. utk bpe hri ni je lg..
aku akn mengepos..menulis..dan merepek ...
tntg ape2 je yg aku nak...
yeahh!...
time pktikum ni...
aku kire brpuasa la dri mengupdate blog..
sbbnya...
kompom tiap2 hri kna mghadap buku RPH
sbb ia umpama 'pakwe' aku time tuh..haha

ok lah...
ckup utk entry kali nie...
sbb aku pon xbrpe nk hepi...
sbb tgh ape...?
ye! tgh sedey..bak kate maz.."jiwe kacau'..haha kn..kn

^monolog dlm blog^

......kenapa......
[xtahu]

.......selalu mcm nie.........
[aku xpaham]

........asyik aku je.....
[xde org lain ke]

............x taw nak ckp cmane........
[org lain xpaham kot]

..............ah! kena bertahannnn!!...........
[aisha boleh! mst!]

Monday, June 21, 2010

....T_T...

-sedih!-
-benci!-
-kecewa!-
-nak nangis!-
-speechless..!-

~sekian TQ.... -

Sunday, June 20, 2010

♥ entry khas utk lelaki ini ♥

dulu.. nak g sekolah... mst abah hntar... sekolah jauh katenya.. MyEm0.Com

dulu.. mase nak g bndar.. abah mst nk hantar.... penat jalan kaki tu....MyEm0.Com


dulu.. kalo ade kelas tmbahan.. balik lmbt... abah mst nk amik.. walaupun die byak keje sbnrnya.. MyEm0.Com


dulu.. kalo aku kena mrah ngan mak.. mst abah yg pujuk .. "dah..jgn ngis.. jgn nakal..dgr ckp mak...." MyEm0.Com


dulu .. mase aku gaduh dgn along ngan angah.. abah akn jd pengadilnya.. sbb last2 sume kna mrh ngan dia.. "adik bradik xbaik gaduh2... nnt abah ikat kat pokok bru tu.."MyEm0.Com


dulu.. keje kursus kemahiran hidup mase PMR... abah yg buat... "abah..buatkan..xreti laaa nk buat ..." "ish2..ape je yg kau tau.. bile nk kna hntar...?"MyEm0.Com.


dulu.. mase kalo aku kate nak beli itu... esoknya mst abah bg duit surh beli...
"nah duitmya..g beli sna..."MyEm0.Com



dulu.. mase aku keliru antara UIA @ maktab.. abah byak bg smgt n nasihat utk pilih yg terbaek... abah kate.. abah xpaksa.. MyEm0.Com
tpi aku tahu...
abah harap sgt aku pilih maktab.. jaminan keje dah ade depan mate..

dlu.. mase tiap2 kali cuti sem.. abah mst akan amik aku kt mktb..
"cah..abah dh smpai kt bwah.. bwk turun beg2 kau.."MyEm0.Com


tpi..skrg... dh lain..

skrg.. bile aku nak g mne2.. kna pndai2 sndri.. plg x pon.. jalan kaki.. sbb lesen xde lg...MyEm0.Com

skrg .. bile aku nk balik cuti... abh mst ulang byak kali...
"cah..tiket dh beli?.."MyEm0.Com

skrg.. abah da xnmpak nk bjalan mcm dlu lg..
abah da xboley main bdminton dgn aku lgi..

abah da xboley hntr aku g mne2 lg...
sume kna buat sndri ...MyEm0.Com

MyEm0.Comya allah.. sedihnya hati aku ini...
syahdunya bile pndg wajah abah tadi..
.

skrg..
aku dh kena bdikari sndri..
aku dh kna buat keputusan sendiri...
ye ! aku msti berjaya suatu hri nnti..!
MyEm0.Com


TERIMA KASIH ABAH.... kerana selama 21 thn aku hidup.. kasih dan sayang mu sntiasa bersama ku.... abah adalah abah terbaek dan sentiasa mnjdi terbaik dlm idop anak mu ini...
dan aku sntiasa berdoa.. aku akn dpt mncri abah yg terbaek sprti mu utk anak-anakku kelak... MyEm0.Com insyaallah...^_^



En.Samsuddin Bin Ahmad.. nilah abah aku.. hensem kan abah mase mude..hikhik terbaekkk!

Tuesday, June 15, 2010

~jaga abah dialisis...........T_T~

cuti mggu lepas.. aku kna jga n temankan abah g buat dialisis die... MyEm0.Comsmggu 3 kali.. selase, khamis dan sbtu..huhu

mule2 tkut gak.. MyEm0.Com ye arr..sbb xbiase jga abah sblom nie..slalu mak yg akn jaga n teman abah smpai abh hbis 4 jam buat dialisis...tpi sbb mak ad msyuarat n hal utk ISO pejabat die.. so aku pn tpksa gntikan mak....

smpai2 je dlm kol 1045..abah kna tggu turn dlu.. sbb ade pesakit2 lain lg yg dh dtg pgi tadi.. huhu sblom 2 smpat ag die soh aku g beli air kat restoran sblah..ish2..degil betui abah aku ni... tp xpe laa.. aku on belikan jugak..dgn syarat! air tu xbrape manis.. ye laa.. abah aku kn kencing mnis n drh tggi.. xke naya kalo bg die minum mnis2...ish3

tggu dlm 15 minit...MyEm0.Com abah pon d pnggil oleh akak2 nurse kt ctu... siap je amik tempat biase die.. cewwah.. kna tggu pulak untuk masuk n cucuk tiub... tiub utk darah masuk n keluar pd mesin dialisis 2...

aku yg 1st time tgok ni..mmg bsungguh2 la tgok...MyEm0.Com hehe seram woo bile tgok jarum pnjg n tajam nk dcucuk kt tgn abah.. kesiaannn tgk abah bile akak 2 xdpt nk cri salur drh kt tgn abah... ye laa...dgn jarum sepanjg n setajam 2.. kna kt tgn... sakit wooo..hukhuk
lpas beberapa ketika..(dekat 15 minit gak)... akhirnya.. bjaya jugak akak2 tu mncri salur drah abah.. aku tnya akk 2..knpe kak.. die kate " ade saluran drh abah awk ni beku sikit.."...mase nk cucuk tiub....


kesiann tgok abah.....(T_T)

erkk..beku?? fuhh..bhya gak taw...MyEm0.Com last2...tepat kol 1155...bru laa abah bole buat dialisis mcm besa.. huhu pas2 abah nk makan pulak.. so..aku pn suapkan dia... n tggu laa smpai kol 4 bru hbis...

ni lah keadaan mase abah dialisis....

mk cik2 n org2 kt situ sibuk menegur..." anak cik smsudin ke?".." da keje??"... "ank no.brape?" "dah berumahtgga ke?"..blaa...blaaa..blaa... haha femes kejap aku kt situ..huhu MyEm0.Com
tp..2 la pglman aku mnjga abah kt tmpat dia dialisis... kt tmn saujana... huhu

pglaman yg menginsafkan aku..MyEm0.Com sbb depan mate aku 2 sume..adelah kesan dan akibat xjaga pemakanan dan kesihatan..huhu mmg sgt memeritkan .... ade jugak..pesakit seawal umur 20-an buat dialisis kt situ..emm..takutnyaa....

*p/s : nilah pglman2 mase cuti...hukhuk....

Tuesday, June 8, 2010

soklan xde jwapan


tiap kali cuti....soalan wajib yg slalu aku kna jwab ialah

"eh..ko da ade boypren??? "

"sha...sape pkwe kau?...."

"alaa..ecah da ade kn....."

"xkan laa ko xde bf lg... kn kt tmpt ko 2 rmai...."

urmmm...cmne la nk jwb soklan diorg ni aann.... kalo kate ade mnipu.. kate xde... xmo pcaya.. haishhh

cmnie la.. ni stetmnt jujur + ikhlas ..haha (cam hape je)... seyesly mmg blom ad lg yer kwn2 ku huhu... sbb ape n ape sbbnyer...wallahualam... xde jwpn kat aku....

huhu kn dah ter'emo' skit neh..haha... k laa.. sje nk mbebel kt cni memalam bute ni... huhu adioossss

Saturday, May 29, 2010

~berakhir suda semester 5~



minggu ni...mggu terakhir kt mktb... sblom aku brtolak balik ke umah.....yes3x
rase cam skejap je da hbis semester 5...huuu.... dan ini bermakna... tggal 1 thn stgh je lg utk aku hbiskan study kat mktb @ IPG.... stelah 4 thn tunggang trbalik btungkus lumus mgharungi rencah2 idop bkal2 chekgu... ish3... (cam sadis jer keadaanyer..)

semester 5... kalo kire ngan jari..dh ckup sblah tgn kn... hihi mmg satu semster yg amat menchabar la utk aku dan myb kwn2 seIPG lain... adatla kn.. mkin lame tempoh pngajian..makin tnggi n sukar thp pmbelajaran 2... yes! dat is true...

sem ni jugak la bermula nye mase utk aku mgutip pgalaman sbg guru praktikum... fuhh.. mmg seram ... dlu mase skolah.. kite yg tgok ckgu2 prktikum kna observe laa... hape laa... tp skrg ni... turn aku pulak rase ap yg ckgu2 dlu rase kn.... ish2

tpi.. bile dh sbulan prktikum... rase seronok sgt.. wpon realitinya tuhan je tau kepenatannya...
huhu tmbh2 rase sronok bile bhadapan dgn budak2 prasekolah yg mcm2 ragam... hihi mcm2 soalan... best sgt2... tp kalo diorg pyah nk dgr ckp 2... hangin gak la...huhu ap yg pntg kna pndai tackle diorg dlu...

ni laa c kembar dlm kelas aku... haikal n hakimi yg sgt comel tpi... bnyk mulut .... hehe


lps 2..bru aku tau..susahnyer nk jdi ckgu prasekolah nie... sape kate senang tu meh! sni... try ajar diorg dlu... sgt2 susah... patutla lect aku sllu pesan... kite ckgu pra adalah ckgu yg hebat!... mule2 ak xpaham...x feel lg... tp lps 2 bru aku sedar... yeah... THUMBS UP utk ckgu2 prasekolah d malaysia ini...huhu
  1. aku ad reason knpe kate jd ckge pra sgt susa..:
  2. ckgu pra laa yg kna ajar budk2 knal ABC
  3. ckgu pra laa yg ajar budak membaca + mengira + menulis
  4. ckgu pra laa yg kna ajar budak g toilet
  5. ckgu pra laa yg kna ajr mcm2 asas sblom naik dajah 1..
ni lah dia...ank murid aku di SK Kajang Utama...prasekolah Mekar 2... syggg n rindu sma diorg...^_^

haa...payah2... kirenya ckgu2 lain mnymbung ksinambungan ckgu pra utk mndidik budk2 jdi org yg mmg org ... tugas berat utk mgajar knk2 kecik yg xtau hape2 ni... dan skrg.. alhamdulillah..
aku da rase seronok aja pra...=)

dan dlm sem 5 ni..mcm2 lg ilmu bru yg aku da blaja... sgt2 bermakna dan berharga.... terutamanya dlm subjek2 EDU - budaya dan pembelajaran..pra 3109 knk2 praskolh keperluan khas..pra 3110 pengurusan prasekolah..pjm 3112 pengurusan dan pntdbiran pend jasmani.. prm 3103 apresiasi nyanyian dlm muzik prasekolah..waj gerko olahraga... n mcm2 lagi laa... huhu

dan..utk smester 6.. akn dimulakan dgn sesi praktikum 2... selama 2 bulan di SK LEFTENEN ADNAN kajang.... prktikum 2 ni.. lg mncbr sbb kna observe subjek PRA major n PJ minor skli... ushhh

tpi xpe... 2 sem dpn pny cite... dan aku berbngga dan bersyukur kpd ALLAH ..sbb mmberi keizinan agar aku dpt mengharungi perjalanan sem 5 ni dgn baik.... alhamdulillah.... emm ok aaa.. aku nk ucap slmt bcuti utk kwn2 seIPG n jgn lupe kpd sem 5 IPG KPI ready utk kuliah kajian tindakan isnin n slase ni.. hohoho jgn cabut awal sudaa ek.. huhu

GAMBAR KENANGAN 1ST PRAKTIKUM DI SK KAJANG UTAMA...

HARI LAST DGN GURU BESAR : EN AHMAD FARIS N KWN2 SEPRAKTIKUM IPGKPI


NI PULAK...ANTARA ABM MASE MGAJAR BUDK2 PRA TTG TEMA PEKERJAAN....huhu