Sunday, May 22, 2011

andai lelaki tahu....(^_^)

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.


andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..

*lelaki2 perlu tahu itu... ^____________________^

eh tak sangka ko pulak jadi laki aku

! ! ! anGah - Ini blog Jiwa Jiwa ! ! !: Cerita Cinta Jiwa : Eh, tak sangka ko pulak jadi l...: "EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU! tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku ..."

Wednesday, May 18, 2011

exam


i hate exam... uarghhhhh!!!!!

Thursday, March 17, 2011

[aku].. [beliaw].. [tunang]

huhu tergerak ati lak nak menulis kt blog ni...
sumting happy about my luvly roomate since 2006.... (huuu~ lame tue)
rase seonok sgt...
bile dpt tau...

jeng..jeng..jeng
19 Mac 2011 nnt...
beliaw akan secara rasminyer menjadi tunang org...
tunangan kepada Enchik Syamsul The Day walker....
atau lebih suke dibuli dengan panggilan Pok Cik huhu


nk tau kisah chenta mereka...

ok2..
tpi korang jgn tergelak pulak taw...
kisah mereka bermula semasa musim ujan..( haha xde kena mgena)
ok2..
diorg mula bertentangan mata mase my rummet ni berpraktikum di sekolah nun di sana selama sebulan..
Pok Cik pula bertugas sebagai pakar IT a.k.a juruteknik atau name ringkasnya technician di sekolah tersebot..


mcmane mereka jatoh chenta??

mungkin dari mate turun ke ati kot...
hihi
mungkin juga..
chenta itu dtg semasa mereka bkerja bersma2...
huhu
atau...
chenta itu hadir setelah bebrapa org cikgu2 lain dok kenen2 kan mereka??...
betul juga..

ape2 pon dari mane chenta mereka hadir..


akhirnya..
setelah beberapa siri pergaduhan, perselisihan faham dan bermasam muka....

mereka telah kembali ke jalan yg lurus..

dan...

mengambil kata sepakat untuk ....
ehem2...


wah! rasa happy myb sbb aku jdi rummet dia since foundation kt mktab lgi kan...
so.. any secreto de amour ke umpat mengumpat ke...
kami kongsi sesame...
sgla problem yg agak2 buang tebiat aku n dia pernah buat...

kami hadapi same2...

dan
finally..
at the final year...

die tunang dulu dri aku....
huaaaa...
(ceh! mcm la aku da ade steady nk tunang skrg...apa daa)

neway..
congratz to Zuraidah n Pok Cik Sam...

hope.. berbahagia selalu..
and
i'm waiting for ur wedd card oke....
so..esok aku akn blik bangi..

pastuh..esoknya nk g jengka...

wat ape?

nk p majlis beliaw lah..
huhu
dgn bertemakan warna hijau....
hopefuly it will be da most memorable day 4 her n
for him... amin.. insyaallah...

*urmm bile pulak turn aku nk pkai cincin cmne ea? huhu

Saturday, March 12, 2011

AaAachhummM!!


wahhh...lamenya x update blog...
slmt x lupe pword.... hehe
bukan hape...
mmg xsempat la nk menghapdate blog nie...
AAAaaaAAcHummm..( bersin skit sbb blog ni dh berhabuk! )
sbb tyme2 pktikum ni...
aku slalu aa hapdate fail n rph aje.... hikhik
dgn adenya cuti smggu ni...
aku cube ar hapdate sikit2 ... huhu (tu pn kalo rjin lah yer)

Tuesday, October 26, 2010

puas hati.....hati puas

kali ni cume nk tnya korang satu benda.....

SUSAH KAN NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG??

betul x?
kalo betul...sila angguk dlm hati...hehe

hurmm....ok lah..
scra personally... bg aku... bile berkaitan dgn hati ni... ade byak kmungkinan....

1. kite kena jaga hati orang 2.org kena jaga hati kita 3.kite terpaksa makan hati 4. kite terpaksa sakiti hati orang

dan mcm2 lgi arh..... btl kan ank2 murid...hihi

dan dikesempatan ini...aku cume nk cakap pd mereka2...




MAAF..andai aku x dapat memuaskan hati mana2 pihak...
xkisah ah dalam urusan ape pon... sbbnya...
aku manusia biasa...ye aku hanya ada 2 mata, 2 tangan, 2 kaki yg Allah kurniakan kpd aku...

kdg2 aku xmampu nak buat lebih dri itu....

maaf juga...andai aku x boleh mengungkapkan kata2 maaf dihadapan kalian....
ye...x boleh...
sebabnya...
aku bukan diri aku jika berbuat seperti itu......

kdg2..aku berfikiran bahawa...

ada baiknya menjaga hati org dan terpaksa mnyakiti hati sendiri...drpd membiarkan org lain terkesan dgn diri kita... pernah jugak emak berpesan begitu.....

argh...perasaan aku kini sudah tidak menjadi kondusif sperti sedia kala.... kalau org sastera berbicara : barangkali ada kecamuk emosi disudut hati ku ini....
(aku minat sastera ea dlu...jgn x tau..hehe)

*myb mood tgh fenin ttg projek eseimen kot